Sunday, September 4, 2011

JuRuTeRa = eNGiNeeR...

Engineer/jurutera mgkin suatu pekerjaan yg biase di dengari..
Amat polular di seantero dunia pada pendapat sy...
Pekerjaaan yg meningkat naik pada abad yg ke-20 dan melonjak pada abad ke-21 ini...

Dari apa yg diberitahu ketika belajar dlu...
Pada asalnya, engineering hanyalah terdiri daripada 2 bahagian utama::
- Mechanical Engineering dan juga - Electrical engineering,
tetapi setelah berkembang seiring bersama aliran masa dan keperluan manusia,
engineering berpecah dari satu cabang ke cabang yg lain
dgn kata lain dispecific kan kpd aliran2 yg berlainan...
Bertujuan untuk meningkatkan lg kepakaran dan mutu kejuruteraan itu sendiri...

Kini, antara cabang engineering yg ditawarkan adalah terdiri daripada::

1. Mechanical Engineering...(marine, aeronautic, automotive, material, etc.)
2. Electrical Engineering...(electronic, power, telecomunication, etc.)
3. Chemical Engineering...(Petroleum, bioproses, etc.)
4. Civil Engineering...(mmg ad 1 je)
5. Computer Engineering...(software, hardware, etc.)
6. Biotech Engineering..
7. Engineering2 lain (mengikut Universiti dan Negara itu sendiri)



Engineer kebiasaannya menjadi salah satu pilihan pekerjaan yg menarik minat
bagi sebilangan besar pelajar di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah
menengah... Hal ini kerana perkataan "engineer" itu sendiri, bg golongan yg bru meneroka bidang ini, kebanyakkan mereka akan membayangkan tentang enjin, mesin2 ataupun gear... Ini terjadi kerana pelajar2 sekarang telah disogok dgn info yg tidak tepat dan jitu. Hanya segelintir kecil je yg memahami dgn jelas tentang maksud sebenar kejuruteraan ini... Boleh dikatakan hampir 60%-70% daripada pelajar2 ini terdiri daripada golongan lelaki...
(p/s: Lelaki suke buat bende2 lasak, kasar dan complicated neh...kalo ikut pengalaman la)

Pelajar2 haruslah mengubah perspektif agar dapat gambaran yg betul tentang apa itu engineer.. Terdapat pelbagai pendapat tentang maksud kpd perkataan engineer itu sendiri... Menurut apa yg sy pelajari ketika di universiti dulu, engineer ini bermaksud::

"Seseorg yg mampu mencipta, merubah, meneroka, mengadaptasi mahupun menilai sesuatu perkara bertujuan untuk membantu memudahkan aktiviti manusia sejagat"...

Engineer berperanan utk menolong manusia dalam pelbagai aspek, contohnya, dalam bidang pertanian, perindustrian, pembinaan, pengangkutan dan sebagainya...
Oleh yg demikian, sebagai seorg engineer, seseorg itu perlulah tahu bahawa dia mempunyai suatu tanggungjwb yg amat besar di muka bumi ini...




"Great Power Comes with Great Responsibility"...

Ayat tersebut memberi impak yg sgt besar kpd saya sejak dari sekolah menengah lg, kerana ia mengingatkan sy tentang tanggungjwb yg diamanahkan kpd sy tidak kira kecil ataupun besar. Tak kiralah dalam alam pelajar mahupun alam pekerjaan...Ayat ini juga memberi suatu smgt kpd sy utk terus berusaha dlm bidang kejuruteraa ini sejak dlu lg...

Harapan sy, semoga pelajar2 diluar sana yg ingin menceburi bidang ini ataupun yg sedang menceburinya mahupun yg telah bergelar seorg engineer profesional, utk kita sama2 menanam tekad utk memberi sumbangan, tak dpt byk sedikit pun ok lah, kpd manusia especially kpd umat Islam kita...InshaAllah...





No comments:

Post a Comment